Cara Membuat Jus Durian Belanja dengan Mudah

Buah durian belanda ini dinamakan sedemikian disebabkan ianya memiliki duri lembut pada kulitnya yang kelihatan seperti buah durian.


Ia boleh dimakan begitu sahaja namun buahnya tidaklah berbau seperti buah durian. Buah ini sering dibuat sebagai sorbet, jus dan lain-lain walaupun isinya mempunyai banyak biji.

jus durian belanda
Sumber foto : https://annona.com.my/cara-buat-jus-durian-belanda-mudah-dan-sedap/

Durian belanda (Jawi: ‏دورين بلندا‎‎) atau sirsak (Jawi: سيرسق‎;[4] nama saintifik: Annona muricata L.) adalah spesies buah dalam keluarga Annonaceae genus Annona serumpun dengan buah nona.[5] Ia bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika merangkumi selatan Mexico melalui Caribbean sampai ke utara Amerika Selatan,[5] ia merupakan antara tumbuhan terawal disebarkan pelayar Barat dari dunia Baru bertapak di Asia Tenggara. (wikipedia)

Beli Durian Belanda disini

Cara Membuat Jus Durian Belanda

Berikut cara-cara membuat jus durian belanda sederhana, silahkan ikuti langkah-langkah dibawah:

Bahan-bahan:

  • 500 gram durian belanda
  • 500 ml air masak
  • 1 sdb gula
  • 5 ketul ais

Cara Memasak:

Langkah 1

Cuci kulit durian belanda sebelum dipotong. Ambil 500 gram durian belanda daripada durian belanda yang besar tu. Bakinya boleh disimpan untuk makan macam tu sahaja atau buat jus untuk masa akan datang.



Langkah 2

Buang bahagian tengah isi durian belanda. Kemudian, buang kulit dan biji.



Langkah 3


Langkah 4

Masukkan isi durian belanda dan air masak ke dalam pengisar makanan. Kisar dalam masa 3 minit untuk dapatkan jus yang halus. Kalau nak jus yang kasar sikit, kisar 30 saat pun dah cukup. Jangan letak gula lagi.

Langkah 5

Pindahkan jus tadi ke dalam jag. Jus pekat ni boleh tahan dua tiga hari dalam peti sejuk.

Langkah 6

Bila nak minum barulah masukkan jus ke dalam gelas dan campurkan dengan gula. Kacau hingga gula hingga larut dan tambahkan ais. Sudah sedia untuk dinikmati. Sangat sedap. Selamat mencuba 😉.

Langkah 7

TIPS: Dalam langkah ke-5, kalian boleh tambah air masak jika inginkan jus yang lebih cair. Kalau tak nak letak gula pun takpe sebab durian belanda zaman sekarang takde la masam sangat macam jenis yang dulu dulu. Sekarang banyak dah buah durian belanda yang hibrid. Kalau saya minum jus durian belanda ni, saya akan tambah lagi air masak dan tak tambah gula 😄.

Beli Durian Belanda disini

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Cara Membuat Jus Durian Belanja dengan Mudah"

Post a Comment